Home
登录註冊
準備好交易了嗎?
馬上註冊

Analisis Teknikal 101 

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana pedagang boleh meramalkan pergerakan pasaran dengan begitu tepat? Rahsianya terletak pada seni analisis teknikal. Mari kita huraikan dengan cara yang mudah difahami, terutamanya jika anda masih baru dalam dunia perdagangan.

  1. Pasaran sentiasa lebih tahu: Mengambil kira semua maklumat yang tersedia
  2. Ikut aliran: Kenali kekuatan trend
  3. Gema sejarah: Belajar daripada corak pasaran yang lalu

Pasaran sentiasa lebih tahu

Analisis teknikal berasaskan prinsip bahawa harga sesuatu aset telah pun mengambil kira semua maklumat pasaran semasa. Ini termasuk berita semasa, indikator ekonomi dan sentimen pelabur, semuanya telah pun tercermin dalam harga semasa. Bagi pedagang baru, ini memudahkan proses analisis kerana anda hanya perlu fokus pada carta harga dan pergerakan trend tanpa perlu menapis ribuan maklumat dari pelbagai sumber.

Ed 104, Pic 1

Ikut aliran

Harga tidak berubah secara rawak. Ia bergerak mengikut corak dan trend tertentu yang boleh dikenalpasti, sama ada menaik, menurun, atau mendatar, dalam jangka masa yang berbeza-beza. Kemahiran mengenali trend ini amat penting kerana ia sering memberi petunjuk tentang arah pasaran yang seterusnya. Dengan belajar mengenal pasti dan mengikuti trend, anda dapat membuat keputusan dagangan yang lebih bijak, sama ada untuk masuk atau keluar dari pasaran.

Nantikan artikel seterusnya yang akan kupas cara mengenal pasti trend dengan lebih berkesan.

Ed 104, Pic 2

Gema sejarah

Analisis teknikal juga berlandaskan andaian bahawa tingkah laku pasaran cenderung untuk berulang kerana psikologi manusia yang konsisten dari masa ke masa. Dengan mengkaji corak dan trend pasaran yang lalu, pedagang boleh meramal kemungkinan pergerakan masa depan. Walaupun sejarah tidak akan berulang secara tepat, ia tetap menjadi panduan berguna dalam membuat jangkaan.

 

Kuasa sebenar dalam dunia dagangan bermula dengan pemahaman asas analisis teknikal. Ingat, pasaran sudah mendedahkan semua yang anda perlu tahu. Ikut arah yang jelas, dan gunakan sejarah sebagai rujukan. Dengan pengetahuan ini, anda berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk membuat keputusan yang lebih tepat, di mana dagangan pantas dan pulangan tinggi menanti.

準備好交易了嗎?
馬上註冊
ExpertOption

本公司不向澳洲、奧地利、白俄羅斯、比利時、保加利亞、加拿大、克羅埃西亞、塞普勒斯共和國、捷克共和國、丹麥、愛沙尼亞、芬蘭、法國、德國、希臘、匈牙利、冰島、伊朗、愛爾蘭、以色列、義大利、拉脫維亞、列支敦士登、立陶宛、盧森堡、馬爾他、緬甸、荷蘭、紐西蘭、北韓、挪威、波蘭、葡萄牙、波多黎各、羅馬尼亞、俄羅斯、新加坡、斯洛伐克、斯洛維尼亞、南蘇丹、西班牙、蘇丹、瑞典、瑞士、英國、烏克蘭、美國、葉門.

交易員
合作计划
Partners ExpertOption

支付方式

Payment and Withdrawal methods ExpertOption
本网站提供的交易可视为高风险操作,其执行可能涉及重大风险。在买卖网站提供的金融工具和服务时,可能会给您带来显著的投资损失,甚至亏损账户的全部资金。您被授予有限的非独家权利(包含个人、非商业、不可转让的知识产权)使用本网站所提供的服务。
由於EOLabs LLC不受JFSA監管,因此不涉及任何被視為向日本提供金融產品和招攬金融服務的行為,該網站也不面向日本居民。
© 2014–2025 ExpertOption
ExpertOption版权所有。